22 July 2020

DATIN SERI SHAHIDA DEDAH BAEM TURUT ALAMI DISLEKSIA SEPERTI KAKAKNYA



"Sebenarnya saya bawa Baem pergi buat ujian Disleksia, lepas buat ujian, dia disahkan mempunyai Disleksia sama macam Qadejah, bulan depan masuk sekolah baru lah Baem ya. Disleksia ini bukan kecacatan ya, ia cuma ada masalah pembelajaran, caranya tak sama macam kanak-kanak biasa," demikian kata isteri usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida.



Mendedahkan anak ketiganya, Ibraheem Adham atau mesra disapa sebagai Baem telah disahkan mengalami Disleksia, Shahida akui masalah itu juga telah dialami oleh anak perempuannya, Qadejah El Zahra sebelum ini. Bagaimanapun, Shahida dikhabarkan langsung tidak panik dan menerangkan situasi sebenar yang dialami oleh kanak-kanak Disleksia.

Tambah Shahida, ibu bapa juga disaraan supaya tidak susah hati dengan masalah yang menimpa anak mereka. Hal ini kerana, hanya cara pembelajaran sahaja berbeza berbanding kanak-kanak lain.

Untuk rekod, berdasarkan kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia, Disleksia merupakan sejenis masalah pembelajaran khusus yang berlaku pada kanak-kanak. Kebiasaannya, kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah dalam menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha dengan gigih.

Klik untuk gambar besar




www.myartis.com / Sumber: Beautufulnara & Instagram Datin Seri Nur Shahida


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: