Rumah tangga pelakon Izreen Azminda dan suaminya, Ude Wahid telah menimbulkan pelbagai spekulasi selepas kelibat mereka di Mahkamah Rendah Syariah Gombak semalam. Tampil berjubah dan bertudung hitam bersama suaminya menimbulkan tanda tanya tentang tujuan sebenar mereka hadir ke mahkamah berkenaan.
"Kami ke mahkamah hanya untuk membayar denda nikah. Tiada urusan lain. Jangan salah anggap, kami okey saja," katanya.
Untuk makluman, Izreen berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara rahsia yang ketika itu Ude masih bergelar suami kepada Intan Saleh. Bagaimanapun pada 2 Mac 2018, Ude menceraikan Intan selepas lima tahun berkahwin. Ude dan Izreen mempunyai seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aaron Ibrahim yang kini berusia satu tahun.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________

No comments:
Post a Comment