22 July 2020

WAJAH COMEL 'MUHAMMAD KHIDIR', ANAK KEDUA JEP SEPAHTU & SARI YANTI



Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu menerusi laman Instagram miliknya telah mendedahkan wajah dan nama anak keduanya selepas lebih sebulan dilahirkan. Jep berkongsi sepotong video pendek yang merakamkan anak keduanya yang dilahirkan 6 Jun lalu.



Malah, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin itu turut berkongsi nama permata hatinya, Muhammad Khidir itu: "Subhanallah, anak abah Khidir @muhammadkhidirofficial. Tq @natalismothercare. Service memang tip top," tulisnya.

Serentak dengan itu, peminat serta rakan artis turut memberi reaksi dan rata-ratanya memuji kecomelan bayi berkenaan dan berdoa agar dia membesar menjadi seorang anak yang soleh. Malah ada di antara komen yang mendapat respon Jep. Terdahulu, Jep dan isterinya, pelakon Sari Yanti turut membuka akaun Instagram Khidir yang setakat ini telah pun mempunyai lebih 12,000 pengikut.

Klik untuk gambar besar

Sebelum ini, isteri Jep, pelakon Sari Yanti telah berkongsi pengalaman melahirkan Khidir menerusi Instagram. Menurutnya, proses bersalin kali kedua itu berbeza berbanding sebelumnya kerana memakan masa yang agak lama.

Sebagai rekod, Jep dan Sari Yanti berkahwin pada 25 Februari 2017 dan turut memiliki seorang cahaya mata perempuan, Dariya Inara. Sementara menerusi perkahwinan terdahulu, Sari turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Barr Al Ally dan Baasit Al Haq.








www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan, Astro Gempak, Instagram Jep Sepahtu & Muhammad Khidir


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: