07 July 2020

ADIK NAURA AUNI SAMBUT BIRTHDAY, NEELOFA BERI HADIAH BUAT 'KEMBARNYA'


Masihkah anda ingat lagi dengan kanak-kanak comel yang mencetuskan sensasi sebelum ini selepas dikatakan mempunyai wajah mirip pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa iaitu Che Naura Auni. Baru-bariu ini, si cilik ini telah pun menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-6. Digelar 'mini Neelofa' oleh sesetengah netizen, Naura dilihat turut menerima hadiah istimewa daripada bekas hos MeleTOP itu.





"Alhamdulillah harini Naura dapat special gift fr her birthday tahun ni from Aunty Neelofa. Terima Kasih semoga dilimpahkan rezeki yang luas, dipanjangkan umur, Naura happy sangat," tulis kapsyen pada satu posting di Instagram milik Naura.

Serentak dengan perkongsian berkenaan, para pengikutnya turut memberikan dedikasi selamat hari jadi buat Naura dan mendoakan agar urusan kanak-kanak itu sekeluarga dipermudahkan. Terdahulu menerusi platform sama, Naura dilihat turut meraikan sambutan hari jadi, lengkap mengenakan gaun merah jambu persis seorang puteri cilik!

Terdahulu menerusi salah satu episod MeleTOP sebelum ini, Naura pernah diundang ke set bagi bertemu dengan Neelofa buat kali pertama selepas wajah mereka yang dikatakan seiras menjadi tular di media sosial.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Naura Auni


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: