Semua pasti mengenali pengacara Nana Mahazan yang dikenali sebagai seorang yang sentiasa bergaya dan 'stylish' walaupun sudah mempunyai dua orang anak. Dia yang baru sahaja menyambut hari jadi yang ke-37 pada 1 Julai lalu itu baru-baru ini telah memuat naik beberapa keping foto menerusi akaun instagramnnya.

Menerusi entri tersebut, Nana yang juga merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim pertama (AF1) tampil dengan gaya terbaru yang ternyata telah menarik perhatian netizen. Nana turut berkongsi proses penggayaan rambut terbarunya menerusi entri instagram.
Melihat pada ruangan komen, ramai rakan artis dan peminat telah memuji gaya rambut terbaru Nana yang menampakkan dia lebih muda dari umurnya yang asal. Pemilik nama Nurul Hana Binti Che Mahazan dalam perkembangan terkini sedang sibuk mempromosikan kedai barangan kecantikan secara online iaitu nanamahazanbeauty dan turut aktif menjadi pengacara siaran televisyen.
Klik untuk gambar besar






www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara & Instagram Nana Mahazan
________________________

No comments:
Post a Comment