07 July 2020

ANAK KEMBAR PEROLEH LESEN MEMANDU & UJIAN LESEN BAWA KAPAL LAYAR - AZHAR LUAH BANGGA



Menerusi satu entri yang dimuatnaik di laman Instagram, pelakon senior, Azhar Sulaiman telah meluahkan rasa bangga terhadap kejayaan anak kembarnya iaitu, Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona. Kongsinya, anak gadisnya itu telah berjaya mendapatkan lesen memandu JPJ manakala anak lelakinya pula difahamkan lulus ujian lesen kapal layar.



"Syukur Alhamdullillah. 1- Tahniah Leona sebab dah Lulus her JPJ driving Test. Harap staff JPJ tidak dipukau dengn her Tiktok tadi. 2-All the best Rees for your Skipper License Test/lesen bawak kapal layar next week. Semoga you akan ada duit untuk beli Kapal sendiri one day nanti. Jangan gi belayar tak pulang pulang sudah," tulisnya.

Menerusi ruangan komen,rata-rata turut berbangga dengan pencapaian kedua-dua remaja berkenaan. Untuk rekod, Azhar berkahwin dengan Chempaka Emalin Pahamin dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora, Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin.

Klik untuk gambar besar




www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Azhar Sulaiman


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: