07 July 2020

FYNN JAMAL 'CUCI' TANGAN', TAK MAHU AMBIL TAHU MASALAH ORANG


"Alhamdulillah hari ini aku menemui kekuatan untuk buat keputusan penutupan segala jenis tempat perlindungan, bantuan motivasi dan kewangan untuk semua kes-kes yang biasa aku uruskan. Dari kes mengandung luar nikah, urusan cari keluarga untuk bayi orang susah, kes rogol haruan makan anak, date rape dan segala apa jua, hari ini aku benar-benar cuci tangan.





"Insya-Allah dengan berlepas tangan begini, aku tidak perlu lagi memikirkan apa yang bukan hak aku pun untuk fikirkan," demikianlah kata penyanyi Fynn Jamal yang membuat keputusan untuk berhenti daripada terus melibatkan diri dengan sebarang bentuk bantuan dan sokongan kepada mana-mana pihak yang dilakukannya selama ini selepas terpalit dengan kontroversi isu rogol yang sebelum ini hangat diperkatakan.

Menurut Fynn, ia merupakan satu keputusan yang terbaik dibuat ketika ini selepas mengambil kira segala aspek tanpa perlu menyesakkan minda memikirkan masalah sosial yang sering berlaku dalam masyarakat sekeliling.

Menurut Fynn lagi, selepas ini, dia hanya akan memberikan fokus kepada keluarganya sahaja: "Inilah hadiah terbesar Allah bagi pada aku. Ujian ini benar-benar memberi ruang pada aku untuk keluar daripada semua ini. Tanpanya, susah weh. haha.

Klik untuk gambar besar


"Dah lakukan (khidmat bantu) sebelum kahwin sampai dah ada anak dua. Dah hilang jumlah dah berapa email dan mesej yang aku dulukan dan belakangkan suami sendiri. Dialah hero sebenar dalam cerita ini, meminjamkan isterinya untuk sesuatu yang tak perlu pun sebenarnya," katanya.

Terdahulu, kenyataan Fynn mengenai isu rogol dan wanita menjadi pertikaian ramai sehingga dirinya menerima kecaman daripada netizen. Begitupun, dalam entri tersebut, Fynn turut menasihati orang ramai untuk terus menjaga diri masing-masing.

"Jaga diri, anak-anak. Jaga solat. Kalau tak mahu mati dalam baju begitu, jangan pakai. Kalau tak mahu mati dalam keadaan begitu, jangan buat. Ok? Kita tak bertanggungjawab pada pilihan-pilihan salah orang, tapi kita kena jawab kenapa kita pilih apa kita pilih," coretnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Fynn Jamal & Hazrilfitri Hadzir


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: