09 July 2020

AYDEN SAMBUT BIRTHDAY KE-3 TEMA 'ASTRONAUT': "KAMI RINDU DADDY"



Meski tanpa bapanya di sisi, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, majlis ulang tahun kelahiran Mohamad Ayden Adrean yang ketiga telah berlangsung cukup meriah dengan para tetamu yang hadir dengan bertemakan 'Astronaut'.



Sambil menzahirkan rasa syukur kerana majlis berjalan lancar, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah turut berterima kasih kepada kelab peminat Aliff Aziz atas tajaan kek dan hadiah buat anak lelakinya itu.

"STILL CANT BELIEVE you've already turned 3. Alhamdulillah, Hope you enjoy the "astronaut-themed" birthday party mommy plan for you (sbb Ayden suka betul planet solar system, hari2 pasal planet jeee). P/s: Happy betul Ayden cuba kamu tengok gambarnya sampai habis. By the way, we miss you so much daddy! Thank you for the cake & present dyy. @iamaliffaziz," tulis bintang yang baru sahaja muncul dengan single terbaru berjudul 'Tenang' itu.

Serentak dengan itu, para peminat turut menitipkan ucapan selamat hari jadi buat Ayden selain mendoakan agar proses bersalin anak kedua Bella dipermudahkan. Terdahulu menerusi platform sama, Bella turut mencoretkan dedikasi istimewa buat anaknya itu. Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan pasangan ini sedang menghitung hari menantikan kelahiran anak kedua.

Klik untuk gambar besar












www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Bella Astillah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: