09 July 2020

SAFIEY ILLIAS BERHABIS HAMPIR RM2 JUTA UNTUK RAWATAN KOSMETIK


"Bukan hari tu dah insaf katanya pakai jubah kopiah semua?" soal netizen apabila timbul isu usahawan kosmetik dan selebriti, Safiey Illias mendedahkan yang dia menjalani proses pembedahan kosmetik pada wajah, payudara dan punggung dengan kos hampir RM2 juta.

Kata Safiey, 26, atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Illias, pada bahagian wajah saja dia sudah membelanjakan hampir RM300,000.

"Kenapa banyak dan mahal begitu? Saya buat naikkan kening dengan tebuk di bahagian atas dahi dengan kos sebanyak RM30,000. Saya buat hidung di Korea Selatan menggunakan tulang rusuk dengan kos RM45,000. Untuk hidung saya buat 11 kali yang mana 10 kali sebelum itu dilakukan di Thailand dengan kos RM2,000 hingga RM4,000 untuk sekali menggunakan silikon.





"Namun, saya tak nak ambil risiko. Itu yang buat normal dengan tukar tulang rusuk sendiri. Lubang hidung pun potong dengan kos dalam RM10,000. Dulu buat silikon di pipi, tapi saya buang dengan menggunakan kaedah 'liposuction'. Saya buat empat kali dengan kos RM16,000.

"Untuk dagu, pernah buat silikon. Untuk masukkan silikon kosnya adalah RM3,000 hingga RM4,000 dan saya buat empat kali. Sekarang saya buat rawaran pemindahan lemak di pipi, muka dan dahi dengan kos keseluruhan RM30,000," kongsinya.

Selain itu, Safiey juga mengakui membuat rawatan tarik benang pada wajah dengan kos RM18,000 yang mana kena buat enam bulan sekali. Rawatan suntikan botox di bahagian rahang untuk kecilkan rahang dengan kos dalam RM2,000 dan kena ulang dalam empat atau enam bulan sekali.

Klik untuk gambar besar

"Ramai salah anggap pipi kembung dan bibir terjuruih disebabkan botox, itu semua bodoh. Tapi, itu disebabkan 'filler'. Botox itu membekukan rahang otot dan akan kecut disebabkan satu bakteria yang ada pada botox. Jadi, jangan caci maki. Itu semua bukan sebab botox itu kerana filler. Botox berfungsi membekukan otot. Apabila sudah beku, lemak akan kecil dan hasilnya nampaklah tirus.

"Saya buat banyak pembedahan plastik iaitu proses menukar bentuk tengkorak lelaki kepada perempuan. Sebab itu bentuk muka saya macam perempuan. Rahang saya pun kecil dan macam perempuan.

"Begitu juga dagu yang kecil. Saya lakukan 'Facial Feminization Surgery' dengan memasukkan skru yang dikerat dengan kos dalam RM30,000. Buang tulang rahang, kos dalam RM30,000. Itu bahagian muka saja dengan keseluruhan RM300,000. Jadi muka saya saja, boleh beli Ford Mustang," tambahnya yang juga menjalani proses menyedut lemak di bahagian lengan dengan anggaran kos RM16,000.


"Saya buat juga rawatan laser, wajah dan buang parut berlubang dalam RM20,000. Buat pembedahan dengan sedut lemak di lengan sebanyak empat kali dengan kos RM16,000. Saya buat botox untuk kecilkan otot, kena banyak dos. Mata tak buat, sebab sudah cantik.

"Perut pun sedut lemak dengan kos sedut RM16,000. Buat punggung dengan suntikan silikon RM30,000, tapi betis saya tak buat. Payudara pula masukkan silikon implan dengan kos RM40,000," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, Safiey tetap mengakui yang dia seorang lelaki dan masih menghormati agama dan sensitiviti umat Islam. Walau gagal berkali-kali, dia tetap akan terus mencuba berubah menjadi yang lebih baik.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: