09 July 2020

GARA-GARA CURI WALLET KRIPTO, MAS KHAN DIDENDA ATAU DIPENJARA 26 BULAN



Denda RM17,000 atau penjara 26 bulan jika gagal membayar denda, itulah hukuman yang dikenakan terhadap pelakon filem Abang Long Fadil 2, Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzir Khan Mas Fadzillah Khan, oleh Mahkamah Majistret Ampang di Kuala Lumpur, hari ini.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Farah Nasihah Annuar, berikutan kesalahan mencuri wallet mata wang kripto bernilai RM213,805 milik penerbit filem Datuk A Aida.




Terdahulu, Mas Khan telah menukar pengakuan kepada bersalah semasa sebutan kali ketiga kes itu. Bagi pertuduhan pertama, pelakon itu didenda RM7,000 atau penjara 12 bulan manakala, denda RM10,000 atau penjara 14 bulan untuk kesalahan kedua.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa mencuri wallet yang merupakan mata wang kripto milik Zaidah Awang, 50, atau dikenali sebagai A.Aida tanpa izin bernilai RM59,804.15 dan RM154,000.85 di Taman Ukay Perdana, Ampang, Kuala Lumpur, pada 5 pagi 7 Mac 2019.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: