06 July 2020

BILA ANAK BONGSU AYU DAMIT MINTA NAK SUNAT DIUSIA 5 TAHUN: "DIA CAKAP SENDIRI DENGAN DOKTOR..."


Anak bongsunya kepada penyanyi Ayu Damit, Syed Aqif Najmi secara tiba-tiba meminta untuk bersunat walaupun baru berusia lima tahun. Tindakan si kecil itu telah membuatnya Ayu meluahkan rasa bangga dengan anaknya itu.





Ayu, 31, berkata, anaknya Syed Aqif atau lebih mesra dipanggil Aish membuat permintaan itu terus kepada doktor ketika mereka sekeluarga berada di sebuah hospital bagi mengkhatankan abangnya iaitu Syed Nashrul Haikal, 11.

"Sebenarnya masa bangun pagi tu dia dah tanya boleh ke dia nak sunat sekali. Jadi saya beritahu nanti kita tanya dengan doktor kerana saya fikir dia main-main saja. Sampai di hospital dia cakap sendiri dengan doktor yang dia nak sunat. Saya dengan suami terpinga-pinga sebab dia betul-betul berani nak sunat!," katanya.

Selepas mendapatkan nasihat doktor, Ayu dan suaminya, Syed Fauzi Syed Baharuddin menuruti permintaan anak mereka untuk berkhatan bersama-sama abangnya. Menurut Ayu, Aish seorang kanak-kanak yang kuat kerana langsung tidak menangis sepanjang proses tersebut.

Klik untuk gambar besar


"Saya dan suami minta doktor pastikan sama ada Aish dah boleh sunat. Doktor kata boleh dan kami terus setuju untuk sunatkan dia sekali. Memang Aish sangat kuat sebab masa doktor suntik bius pun dia tak ada cakap sakit sampailah selesai berkhatan. Cuma lepas habis tu dia macam blur sikit," ujarnya.

Sementara itu, Ayu berkata, dia turut menunaikan permintaan anaknya sebagai hadiah berkhatan yang mahu dimasakan makanan kegemaran dan permainan: "Kalau ikutkan pada awalnya hanya Haikal yang nak bersunat jadi dia nak saya masak makanan kegemaran dia iaitu ketam masak lemak nanas, udang sambal dan kerang rebus.

"Aish pula minta mainan lori besar dan kereta kawalan jauh tapi saya kata lepas dia sembuh dan selesai berpantang baru kami belikan," jelas Ayu yang berkahwin dengan Syed Fauzi pada tahun 2009 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Syed Nashrul Haikal, 11, Sharifah Alya Aryana, 8, dan Syed Aqif Najmi yang berusia lima tahun.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: