06 July 2020

DITUDUH KURUS KERANA SEDUT LEMAK, AMBIL DADAH, ZULIN DAH LALI: "LANTAKLAH APA ORANG NAK CAKAP"


"Saya dan orang sekeliling yang rapat akan tahu betapa diri ini bergelut untuk mencapai ke tahap sekarang. Orang mungkin nampak yang indah sahaja. Di sebaliknya, mereka tak tahu. Ada yang menuduh cakap saya sedut lemak. Yang cakap saya ambil dadah pun ada.





"Ikutkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan lagi, boleh tengok video keadaan saya masih tembam lagi. Ia adalah proses. Ketika awal, saya tak tunjuk gambar badan. Sampailah saya turun banyak kilogram, baru saya berani tunjuk sisi penuh badan. Tak apalah, ada sahaja yang tak kena pada mata netizen," demikian kata artis serba boleh, Zulin Aziz.

Berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram dalam tempoh tiga bulan membuatkan nama Zulin menjadi perhatian ramai. Seperti biasa, ada yang memuji semangatnya menurunkan berat badan hingga berjaya mengeluarkan produk menguruskan badan, DMagia Dietmeal, tak kurang juga yang melemparkan nista.

Ada yang mula melemparkan tuduhan dengan mendakwa Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz melakukan jalan pintas dengan sedut lemak dan menggunakan bahan terlarang untuk kurus. Zulin berkata, dia sudah terbiasa dengan kejian dan penghinaan netizen.

Klik untuk gambar besar


"Saya sudah terbiasa, lantaklah apa orang nak cakap. Saya tak boleh memuaskan hati semua orang. Cukup saya dan teman sekeliling tahu apa sebenarnya yang dilalui. Orang mengata saya, bila lagi nak kurangkan lemak?," jelasnya.

Zulin berkata, dia turut menerima kritikan apabila dilihat seksi dan mula mengenakan pakaian ketat sejak berbadan langsing. Imejnya dilihat tidak bersesuaian dengan dirinya yang bertudung: "Dalam hal ini, saya akui ada kalanya terleka dan tak perasan.

"Ia khilaf sendiri. Teguran orang buat saya tersentak dan lekas sedar. Saya tak marah, sebaliknya menghargai teguran membina. Soal pakaian serta bertudung ini, saya sendiri adakalanya tersasar. Tahulah perangai gila-gila saya macam mana pula," katanya.

Zulin berkata, ada juga menyindir suruh menanggalkan tudung kerana sudah mula berpakaian ketat: "Tak saya nafikan memang ada yang sarkastik dan seolah-olah meminta saya buka tudung. Insya-Allah, saya minta dijauhi perkara itu," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Zulin Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: