06 July 2020

RUMAH 107 - BILA SHERRY AL HADAD TAK MAMPU TAHAN AIRMATA


Air Mata Sherry Al Hadad, tidak mampu dibendung lagi apabila dia berkongsi hidupnya yang jarang diketahui umum dalam rancangan Rumah 107, terbitan Astro.

Ini kerana, secara tiba-tiba dia terkenang saat kematian bapa tersayang, Syed Abdullah Syed Ali Al Hadad ketika dia baru berusia 9 tahun.





"Arwah (ketika itu) tidak bekerja, dah pencen. Jadi kalau pergi mana-mana je, orang cakap ‘Syed bawa cucu ke?’ Sebenarnya anaklah, sebab beza umur kami jauh.

"Jadi setiap kali saya balik sekolah, dia (arwah) akan menyorok. Jadi bila kita buka pintu, akan cari dia. Jadi itu rutin setiap kali saya balik, buka pintu macam ‘haaa’ Mana Abah aku nak menyorok hari ni?’.

"Tapi hari tu, buka pintu dia tak ada. Rupanya dia dah masuk hospital," ujarnya dipetik sebagai berkata melalui rancangan tersebut.

Klik untuk gambar besar


"Ketika itu umur 9 tahun kita dok fikir, ini mimpikah? Esok bangun mesti okay. Keesokkan paginya bila jenazah dikebumikan baru saya sedar, ini realiti," tambahnya.

"Ibu saya seorang yang kuat kerana tidak menitiskan air mata ketika pemergiaan suami," kata Sherry.

Untuk info, Rumah 107 dihoskan pelakon senior, Khir Rahman, Joey Daud, Man Raja Lawak, Ropie serta Vicha dengan watak berbeza dan ia bersiaran pada setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro.



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: