10 July 2020

BILA NETIZEN DOAKAN NEELOFA DAN PU RIZ BERTEMU JODOH



"Jangan hiraukan apa yang orang kata dan fikir mengenai kamu, tapi fokus kepada bagaimana untuk memperbaiki diri sendiri. Jangan hidup semata- mata untuk cuba puaskan hati orang lain tetapi untuk diri sendiri," tulis Neelofa selasa lalu.

Gara-gara tulisannya itu, kecoh di laman Twitter apabila ada yang mendoakan agar hubungan istimewa di antara Neelofa atau mesra disapa Lofa, dengan PU Riz yang turut dikenali sebagai pelakon berakhir ke jinjang pelamin.



"Doa Neelofa dulu, kata dapat jodoh yang turut disenangi oleh semua peminat dia. Jika jodoh ini milik mereka berdua, memang satu Malaysia restu dan tersenyum," komen salah seorang netizen di Instagram.

Meskipun begitu, netien masih terus berbalah apabila ada yang mendakwa PU Riz sudah mempuyai kekasih, iaitu seorang penuntut di sebuah universiti awam.

Klik untuk gambar besar

"Sebab Lofa cuma hidup untuk puaskan hati sendiri la, Lofa sanggup curi kekasih orang. Yakinkan semua benda kat dunia ni, Lofa boleh dapat, biarkan orang lain menangis asalkan kita bahagia kan," tulis netizen yang lain.

Untuk info, hubungan Neelofa dan PU Riz didakwa semakin rapat sejak Ramadan lalu, apabila pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu sering menjadi imam solat terawih dan menyampaikan tazkirah di kediaman Neelofa.

Usaha media untuk mendapatkan komen PU Riz gagal apabila mesej di WhatsApp tidak dibaca dan panggilan telefon pun tidak diangkat.



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: