10 July 2020

SAJAT LANGGAR PRINSIP KELIMA RUKUN NEGARA - USTAZ HANAFIAH



"Sepatutnya kerajaan boleh kenakan tindakan kepada bukan saja Sajat, tapi kepada sesiapa yang tidak sopan dan beretika. Jika bercakap mengenai hukum semua orang tahu hukumnya haram dan berdosa.

"Namun, mungkin pendekatan yang boleh diambil kepada Sajat adalah memanggilnya untuk menjalani sesi kaunseling. Kalau nak kenakan hukuman mungkin orang boleh membayar saman.

"Saya melihat kaunseling adalah pendekatan terbaik bagi membantu dan menyelami masalah yang dihadapinya sekali gus berubah kepada jalan yang diredai," demikian kata pendakwa terkenal, Mohamed Hanafiah Abdul Malek.



Tambahnya, tindakan usahawan kosmetik kontroversi Nur Sajat yang memuat naik gambar dan video berbikini di Instagram sebagai melanggar prinsip kelima Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesusilaan.

Dalam hal ini, Sajat perlu dikenakan tindakan atas kelakuan tidak sopan yang dipertontonkan kepada umum selain hukumnya haram di sisi agama.

Ini kerana, kelakuan menjolok mata yang dilakukan Sajat memberi kesan negatif kepada rakyat Malaysia dan tanpa sedar menggalakkan orang lain mengikut jejak langkahnya.

Klik untuk gambar besar

"Kalau kita buat dosa untuk diri kita, jangan kita galakkan orang lain jadi macam kita. Dosa sendiri pun tak mampu nak tanggung, bagaimana nak tanggung dosa-dosa yang ikut jejak langkah dan pengikut yang ikut 'trend' kita," ujarnya dipetik sebagai berkata melalui Harian Metro.

"Sudah lebih 10 tahun saya bersama dengan golongan LGBT menerusi program mukkayyam anjuran unit Keluarga Sosial Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Kami mengumpul golongan ini dan memberikan tarbiyah secara perlahan-lahan dan disulami kasih sayang. Alhamdulillah ramai yang berubah dan kembali kepada fitrah.

"Saya percaya pendekatan hikmah adalah yang terbaik bukan tangkap mereka dan melakukan tindakan tegas kerana pendekatan itu sudah tidak lagi berkesan," tambahnya bagi mengulas tindakan Sajat memuat naik video dan foto dia berbikini di Instagram hingga pendakwah PU Amin dan PU Syed menggesa orang ramai memboikot Sajat.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: