10 July 2020

HANIS ZALIKHA SEBAK BILA DENGAR YUSUF MINTA DIAJAR BERWUDUK



Anak kepada pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah antara yang menjadi perhatian ramai terutamanya pengikut di laman Instagram. Ramai yang suka melihat telatah dua beradik itu yang bijak dan pandai mengikut teladan ibu bapanya.



Hal ini kerana, telatah dua beradik ini sentiasa menambat hati pengikut kerana pandai mengikut teladan ibu bapanya. Bahkan, setiap posting yang dimuat naik di laman Instagram mereka pasti mendapat lebih ratusan ribu tanda suka daripada peminat.

Baru-baru ini, perkongsian Hanis menjadi perhatian ramai apabila anak sulungnya, Yusuf meminta untuk belajar cara berwuduk. Menerusi Instagram, Hanis berkongsikan anaknya berusia 4 tahun itu datang ke bapanya untuk bertanyakan sama ada boleh mengajarnya untuk mengambil air wuduk.

Klik untuk gambar besar

Pertanyaan anaknya itu sekaligus membuatkan Hanis berasa sebak seketika ketika dia di dalam bilik mendengar permintaan tersebut: "Hari ni Yusuf pergi dekat Daddy “Daddy can you teach me wudhuk?" Mommy dari dalam bilik: 🥺🥺🥺🥺🥺," tulisnya.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen turut berasa terharu dengan permintaan anak pasangan selebriti itu. Malah, ramai yang memuji Yusuf seorang anak yang cerdik. Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar Yusuf akan membesar menjadi anak yang soleh dan terus berbakti untuk ibu dan bapanya suatu hari nanti.




www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Instagram Yusuf Iskandar & Hanis Zalikha


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: