10 July 2020

TERIMA KEJUTAN BABY SHOWER - FASHA & AIDIL BAKAL TIMANG 'BABY GIRL'



"Saya tak percaya kalian semua bersungguh-sungguh mengadakan majlis kejutan baby shower ini. Pastinya tak mudah dan saya sangat berterima kasih," demikian kata pelakon Fasha Sandha yang menerima kejutan majlis baby shower semalam.



Fasha teruja menantikan kehadiran cahaya matanya itu serta berkongsikan video dimana pelakon itu menjerit "Another Drama Queen" merujuk kepada jantina anaknya. Fasha dan suaminya, pelakon Aidil Aziz tidak lama lagi bakal menimang cahaya mata perempuan.

Fasha yang baru pulang daripada percutian 'babymoon' bersama Aidil dan kedua-dua anaknya di Langkawi turut memuat naik beberapa entri di akaun Instagramnya yang terkejut dengan perancangan dan sambutan majlis baby shower itu.

Bertemakan warna pink, majlis baby shower Fasha itu turut dihadiri keluarga dan sahabat karibnya. Untuk makluman, Fasha berkahwin dengan Aidil pada 30 Mac tahun lalu dan kehamilan ini adalah bayi pertama mereka selepas keguguran sebanyak dua kali. Menerusi perkahwinan terdahulu bersama Jejai, Fasha mempunyai dua orang anak iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.

Klik untuk gambar besar












www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Fasha Sandha


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: