10 July 2020

JUMPA PM - PAVITHRA TERGAMAM, GUGUP



"Pavithra, tak masak ke?" demikian tegur Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pasangan Sugu Pavithra. Mereka bertemu ketika Majlis Pelancaran Rukun Negara ke-50 di Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun, pasangan YouTuber yang cukup dikenali seantero Malaysia itu, terlalu gugup dan tergamam bila disapa oleh PM sendiri. Ini kerana, ia adalah pertama kali Pavithra bertemu dua mata dengan Perdana Menteri hingga berasa amat gementar dan kehilangan kata-kata.



"Tadi beliau tanya saya tak makan ke? Saya rasa terlalu gementar sehingga saya hanya kata ah, ah ya.."

"Perkataan saya tersekat sikit," ujar Pavithra dipetik sebagai berkata.

Dalam majlis itu, Pavithra kelihatan anggun berpakaian punjabi dan Sugu berbaju serba hitam. Mereka berdua menerima jemputan khas menghadiri majlis itu, dilihat melafazkan Rukun Negara dengan penuh semangat.

Klik untuk gambar besar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: