07 July 2020

"DADA SAYA LEBIH BESAR DARIPADA OTAK KORANG" - SAKINAH


Masihkah anda ingat dengan ayat netizen "Kecik Sangat Tak Payahlah Tunjuk" yang mengutuk dan mengkritik Sharifah Sakinah apabila dia memuat naik fotonya memakai gaun menampilkan bahagian dadanya?

Terkini, Sakinah membalas kutukan tersebut dan mempersoalkan mengapa perlu sibuk tentang rumah tangga orang... jika ada yang tak suka mereka boleh unfollow IGnya.

"Kenapa dia orang nak sibuk hal rumah tangga orang. Butang unfollow ada dekat atas tu. Kalau tak tahu saya boleh ajar.





"Saya baca sebahagian komen, ada yang cakap dada saya leper. Sebenarnya tidak boleh menghina fizikal orang lain tubuh badan. Tak baik jugak la sebab seksi kan. Tapi sekurang-kurangnya lebih besar dari otak korang," ujar Sakinah pada yang mengkritik dadanya yang didakwa leper.

"Takkan korang tak tahu saya suka perhatian? Nak tegakkan pun tak boleh. Saya tahu saya salah dan saya tidak lawan serta tidak menegakkan dengan berkata “Ini hidup saya”, “Itu antara saya dengan Tuhan”, saya tak pernah cakap macam tu.

"Lebih bagus dengan hanya meminta maaf sahaja. Pintu taubat masih terbuka dan saya minta semua orang untuk mendoakan saya jadi yang lebih baik," tambah Sakinah yang tidak malu mengakui kesilapannya kerana memuat naik gambar tersebut.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: