07 July 2020

NAK ELAK GOSIP... KAHWIN JE LA NANA


"Saya dan Fikry mungkin nampak serasi kerana kami sudah banyak kali kerja bersama sejak 2017 lagi. Kami jadi pengacara bersama, berlakon dan dia (Fikry) juga pernah tebabit dalam video muzik lagu Hatiku Milikmu.

"Disebabkan selalu bersama itu, menguatkan lagi tanggapan peminat yang nampak kami serasi dan sepadan. Apatah lagi, kami pun masing- masing belum berumah tangga," ujar pelakon dan pelakon Siti Nordiana Alias atau Nana, 36, menyifatkan gosip membabitkan dirinya akan berterusan selagi dia tidak berkahwin dan kekal dengan status ibu tunggal.





Terkini, kerjasama Nana dan Fikry Ibrahim menerusi video muzik lagu Angkara nyanyiannya yang akan dilancar tidak lama lagi menguatkan lagi gosip tersebut.

"Saya juga faham situasi mereka yang masih solo itu secara tidak langsung memudahkan terdedah dengan gosip yang berpanjangan pada kalangan peminat.

"Apapun, terima kasih diucapkan pada semua peminat kerana mendoakan yang terbaik buat saya Fikry. Terima kasih banyak dan terus doakan kejayaan kami.

"Namun, saya memilih Fikry untuk terbabit dalam video muzik Angkara kerana dia seorang yang mudah berurusan dan memberi kerjasama. Termasuk, kami juga ada keserasian," tambahnya.

Klik untuk gambar besar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: