04 July 2020

EKA SHARIF BATAL NIKAH KALI KEDUA, MAKANAN KATERING TERPAKSA DISEDEKAHKAN


"Saya redha. Mungkin ada hikmah disebalik," demikian kongsi Eka Sharif, bekas peserta Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9), yang terpaksa membatalkan pernikahannya kurang 24 jam majlis itu bakal berlangsung.

Bukan disengajakan batal, tetapi dia mendapat panggilan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memaklumkan makciknya disahkan positif Covid-19 selepas membuat pemeriksaan di hospital.

"Dia tak mengalami apa-apa simptom. Dia buat ujian Covid-19 pun sebab dia perlu menjalani pembedahan fibroid," ujarnya dipetik sebagai berkata





Sehubungan itu, atas nasihat KKM, Eka dan bakal suaminya iaitu Nazrulnaim terpaksa membuat keputusan membatalkan majlis berkenaan.

"Kali terakhir saya berjumpa dengan makcik saya adalah pada Selasa di sebuah butik untuk berbincang mengenai majlis saya.

"Sebaik sahaja saya dapat berita itu, kami pun buat keputusan untuk tangguhkan majlis kami," tambahnya lagi yang kemudian bergegas ke klinik membuat pemeriksaan Covid-19.

Klik untuk gambar besar


Untuk info, sebelum ini pada 11 April lalu, majlis pernikahannya juga terpaksa ditunda berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Untuk keselamatan semua orang, kami terpaksa reda saja. Nak buat macam mana lagi. Tapi tak apa, tak ada masalah.

"Alhamdulillah, kami tidak rugi apa-apa kos... kami sedekahkan makanan yang sudah disediakan pada majlis itu," katanya.





         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: