"Saya dan Fad sudah nekad serta bersetuju untuk kekalkan nama Bocey sampai bila-bila. Memasukkan ahli baharu bermakna, nama kumpulan perlu ditukar jadi kami tidak mahu Bocey hilang atau terkubur. Selagi ada kudrat kami, Bocey tetap wujud dalam industri hiburan tempatan," kata pelawak Achey.
Menurut Achey lagi, dia dan Fad juga bersedia untuk menyertai sebarang pertandingan lawak meski 'serinya' dianggap kurang: "Ya, kami akan masuk bertanding tetap dengan nama Bocey. Tidak kisahlah, andai kami tewas awal atau lawak kami sudah kurang menyengat apabila hanya ada dua orang, itu bukan keutamaan.
"Apa yang penting, saya tidak mahu peminat lupakan Bocey dan arwah Abam. Kami nak terus menjenamakan kumpulan ini kerana salah satu kejayaan kumpulan Bocey adalah kewujudan arwah Abam yang ada bersama sebelum ini," ujarnya.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber: Harian Metro
________________________
-
:: FACEBOOK

No comments:
Post a Comment