16 July 2020

"LEPAS BERANAKKAN SOFEA, KAKI SAYA BESAR..." LIYANA JUAL KASUT JENAMA MEWAH



Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay menerusi laman Instagram memberitahu berlaku perubahan saiz kakinya selepas melahirkan anak pertama iaitu Sofia Arissa pada 2014. Liyana berkata disebabkan itu dia terpaksa menjual beberapa pasang kasut berjenama kesayangannya kerana tidak lagi boleh dipakai. Menurut Liyana, sesiapa yang berminat boleh menghantar mesej di Instagram miliknya.



Menerusi perkongsian di Instagram itu, Liyana berkata sebelum ini dia memakai saiz 35 tetapi kini kakinya semakin membesar menjadi saiz 36.5: "Selepas beranakkan Sofia, kaki saya besar jadi saiz 36.5. Kasut ini sangat berharga bagi saya sebab itu lama saya fikir nak jual ke tak. Jika ada antara anda yang kaki saiz 35.5 boleh DM saya jika anda betul-betul berminat," tulisnya.

Liyana turut berkongsikan video beberapa pasang kasut berjenama miliknya yang masih berada dalam keadaan baik. Malah, ada di antara kasut berkenaan di beli dari luar negara. Bagaimanapun, Liyana tidak meletakkan harga kasut yang ingin dijualnya itu.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: