16 July 2020

RAMAI CUBA SABOTAJ BISNES SHUIB



"Banyak yang cuba sabotaj dan baru-baru ini ada yang buat lagi. Mungkin orang nampak saya fragile (rapuh), senang-senang boleh viralkan. Individu terbabit cuba berkomplot sebab tidak berpuas hati dengan saya. Saya bayar gaji, awak ikut kerja.



"Kalau betul saya langgar peraturan ya, saya salah. Tapi selagi saya mengikut Akta Buruh yang ditetapkan sebagai majikan, saya tidak takut kalau tak salah," demikian kata pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu.

Meskipun sudah bergelar usahawan berjaya, namun Shuib mengakui dia sentiasa berwaspada kerana terdedah dengan mereka yang iri hati dan hasad dengki melihat kejayaannya. Malah, Shuib mendedahkan ada cubaan untuk mensabotaj perniagaan minumannya yang kini menjadi sebutan ramai iaitu Bubble Bee. Kata Shuib lagi, lebih mengecewakan apabila perbuatan itu dari orang dalam yang dipercayainya sendiri.

Dalam pada itu, Shuib berkata dia telah memecat individu berkenaan kerana telah merugikan syarikat dan cuba untuk menjatuhkannya: "Saya tak boleh bertoleransi lagi dan apabila melibatkan orang dalam yang cuba menjatuhkan saya, terpaksa saya buang," ujarnya.

Diharap Shuib sabar menempuh ujian tersebut kerana itulah lumrah dalam dunia perniagaan. Apa pun mungkin selepas ini Shuib perlu lebih berhati-hati dan tidak mudah percaya sesiapa sewenang-wenangnya.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: