17 July 2020

SAH BERTUNANG - MIRA FILZAH PILIH ANAK TIMBALAN MENTERI



"Status sekarang dah bertunang. Saya dah bersedia (untuk berkahwin) dan kini sedang dalam fasa ‘on-going’ (persediaan). Kalau berapa peratus persediaan yang sudah dilakukan, saya tak dapat jawab kerana masih di peringkat awal," demikian kata Mira Filzah yang mengesahkan dia sudah bertunang dengan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid, iaitu Wan Emir Astar.

Bagaimanapun, dia menafikan yang dia akan melangsungkan majlis perkahwinannya yang didakwa bakal berlangsung pada Oktober 2020. Namun begitu, Mira tetap mengakui yang dia telah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dan bergelar isteri.



Sementara itu, Datin Mastura Mohd Yazid pula mengesahkan anaknya, Wan Emir Astar bakal melangsungkan pernikahan dengan pelakon popular, Mira Filzah, tahun ini.

Mastura yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar ketika ditemui turut meminta orang ramai mendoakan kebahagiaan anak dan bakal menantunya itu.

Klik untuk gambar besar

"Ya, kedua-dua keluarga sudah berjumpa. Semuanya berjalan lancar dan ia akan diumumkan nanti. Insya-Allah," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Untuk makluman, sebelum ini gosip bertiup kencang mendakwa Mira dan Emir mempunyai hubungan istimewa apabila adiknya, Aina Fadhilah memanggil Emir dengan gelaran BIL (brother in law) atau abang ipar.

Meskipun dinafikan Mira, namun segala-galanya sudah terang dan nyata sekarang. Tahniah diucapkan buat bakal pengantin ini!




         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: