17 July 2020

TAK MAHU BAZIR DUIT : "BUAT LAGU STESEN RADIO TAK SIAR BUAT APA"? - NORA



"Lagu baharu sendiri belum lagi. Memang ada hasrat nak buat dan pernah bincang dengan komposer, tapi sebenarnya buang duit saja. Kalau ada sekarang pun, siapa nak main? Macam buang duit saja, jadi biarlah dulu.

"Kita pun bukan banyak duit. Duit yang ada boleh buat benda lain. Bagi saya tak mengapa, tapi sedih keadaan itu, tak sihat. Ada beberapa rakan penyanyi keluar lagu baharu, tapi mana lagu-lagu mereka di stesen radio? Kata nak sangat lagu baharu, tapi bila ada tak main pun. Jadi macam sedih," begitulah luahan Nora Ariffin secara jujur mengenai lagu baharu.



Dakwanya, ia disebabkan sikap segelintir stesen radio yang tidak memainkan lagu baharu daripada penyanyi lama sepertinya.

"Kebetulan kelmarin tengok status pemain gitar Aznan di Facebook yang dia sudah malas nak dengar radio. Katanya sekarang terbalik, kita pula kena dengar selera mereka. Sepatutnya sebagai penyanyi, orang ikut apa kita buat. Sekarang terbalik yang mana orang seni kena ikut selera yang mereka sajikan. Jadi saya macam, okaylah, tak nak," ujarnya lagi dipetik sebagai berkata melalui Harian Metro.

Ketika diusik mengenai 'pasangan' hidup baru yang mungkin menggembirakannya kini, Nora pantas menafikan. "Tak ada faktor lain yang menggembirakan diri. Tidak ada. Mungkin banyak kerja," balasnya.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: