10 July 2020

"MEREKA FAHAM" - SAFIEY ILLIAS AKUI IBU BAPA TERIMA KEADAANNYA



Sebelum ini, usahawan dan selebriti, Safiey Illias membuat pendedahan 'berani mati' mengenai kos pembedahan dan rawatan kosmetik dibuat serta peratus keaslian tubuh dimiliki iaitu 30 hingga 35 peratus mengundang pelbagai persepsi masyarakat. Apatah lagi tahun lalu Safiey, 26, atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Illias berkongsi sudah kembali kepada fitrah iaitu lelaki.



Ditanya mengenai penerimaan kedua ibu bapanya terhadap keputusan dibuat dengan memilih menjadi 'wanita', Safiey berkata mereka sudah memahami apa yang dilaluinya: "Selepas mereka maklum saya bertarung dengan penyakit bipolar dan diberi penerangan mengenai apa yang saya lalui oleh pakar psikiatri, mereka faham.

"Sebab apa yang saya perlukan sekarang adalah sokongan moral daripada mereka dan keluarga. Saya tidak perlukan kata-kata nasihat sebab penyakit seperti ini hanya nak ada orang yang mendengar apa kita lalui," katanya.

Safiey yang juga penyanyi lagu 'Syinta Gila' berkata, penyakit bipolar yang dialami itu membuatkan dirinya menjadi tidak menentu tanpa mengira waktu: "Saya sekejap 'happy' menjadi lelaki, sekejap tidak. Situasi memang tak menentu dan ini membawa kepada penyakit. Ini bukan soal iman. Ia boleh datang bila-bila masa saja," katanya.

Klik untuk gambar besar


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: