27 July 2020

MIERA LEYANA SELAMAT NIKAHI LELAKI 40-AN, ROSLAN OTHMAN



Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pelakon Miera Leyana, 27, yang telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya seorang usahawan, Rosland Othman berusia 40-an, di sebuah hotel terkemuka, jam 8.45 malam semalam.



Miera dan Rosland dinikahkan oleh bapa Miera, Datuk Seri Kasmi Arsat dengan sekali lafaz. Pada majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat, pelakon drama Memori Cinta Suraya itu menerima mas kahwin berjumlah RM100.

Mengangkat tema klasik dan moden, Miera kelihatan anggun dengan busana putih perak di sisi suami yang turut mengenakan persalinan rona sama, rekaan pereka fesyen, Rizman Ruzaini, manakala pelamin, dekorasi dan perunding perkahwinan oleh The Calla. Miera berkata, dia dan suami bersyukur pada Allah SWT akhirnya disatukan sebagai suami isteri yang sah.

Klik untuk gambar besar

"Saya mengucapkan terima kasih atas doa dan restu dalam penyatuan dua hati ini. Secara jujurnya, saya tak sangka, daripada teman baik kini menjadi suami saya. Kami memang tak beriya-iya bercinta seperti pasangan lain, cuma saya menyenanginya sebagai rakan. Saya dan suami sudah lama saling mengenali, sejak empat tahun lalu. Kali pertama kami bertemu ketika menghadiri sebuah majlis pelancaran," katanya.

Aktres yang pernah diangkat Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, Anugerah Skrin pada 2013 menerusi filem Pecah itu berkata, dia terkejut apabila suami meluahkan isi hati dan melamarnya sebagai suri hidup pada Mei lalu.


"Suami terus bertemu keluarga untuk memberitahu keinginannya memperisterikan saya. Keluarga tiada halangan, malah merestui hubungan kami. Persiapan majlis pernikahan dilakukan dalam tempoh tidak sampai sebulan. Kami bernikah dahulu, manakala majlis resepsi akan diadakan bulan depan," jelasnya.

Miera berkata, dia menerima lamaran suami selepas menilai keikhlasannya berkawan selama ini: "Suami lain daripada yang lain. Karakter kami bagaikan langit dengan bumi, tetapi dia menerima saya seadanya.

"Dia sangat matang, penyayang dan mengambil berat. Itu yang membuatkan kami boleh berkawan lama. Seperti yang selalu saya katakan, saya perlukan lelaki yang memahami jiwa saya," tutur pelakon filem 'Apokalips X' dan 'Lebuhraya Ke Neraka' itu.


www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo, Berita Harian & Instagram Miera Leyana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: