27 July 2020

ALYA IMAN MINTA MAAF - BEKAS TEMAN LELAKI TAK TERAGAK-AGAK AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG



Selepas mula menjadi tumpuan netizen apabila isteri bekas teman lelakinya, Penny Salman mendedahkan kisah hubungan sulit suaminya di laman Instagram serta pelbagai pendedahan lain, pelakon baharu, Alya Iman, 19, menerusi Insta Stories miliknya telah membuat permohonan maaf secara terbuka atas kesilapan dilakukan yang telah menyakiti ramai pihak.



Menurut Alya, setiap teguran dan nasihat yang dilemparkan akan menjadikan dirinya lebih matang: "Dulu saya muda dan naif, saya minta maaf kepada semua yang saya pernah sakiti. Saya terima semua nasihat, kecaman, sindiran dan fitnah sebagai sesuatu yang mematangkan saya," tulisnya.

Dalam status tersebut, anak kepada kepada pelakon legenda Allahyarham Azmil Mustapha juga berdoa serta berusaha untuk menjadikan kehidupannya diberkati oleh Allah: "Saya akui saya pernah melakukan kesilapan di masa lalu, tapi saya yakin Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa. Saya berdoa dan berusaha agar kehidupan saya menjadi kehidupan yang diberkati dan diredai Allah," katanya lagi.

Terdahulu, Alya mendakwa dirinya sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang. Alya mengeluarkan kenyataan itu selepas isteri individu tersebut membongkar hubungan sulit suaminya dengan Alya.

Klik untuk gambar besar

Bagaimanapun, seorang individu yang mengakui sebagai kakak Alya memaklumkan bahawa segala kenyataan yang dikeluarkan Alya mengenai berita pertunangannya tidak benar. Satu persatu gaya hidup mewah Alya yang baru berusia 19 tahun itu turut menjadi pertikaian warganet.

Sementara itu, bekas teman lelaki Alya yang dikenali sebagai Mahathir Mohd mengakui telah menyesali kesilapan yang telah dilakukan. Menerusi Instagram Live, Mahathir memohon maaf terhadap isteri, keluarga dan juga anak-anak.

"Saya amat menyesal atas apa yang terjadi. Kita semua manusia yang tidak lari dari buat kesilapan jadi saya memohon maaf kepada isteri saya, keluarga dan juga anak-anak. Terima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraan rumah tangga saya.


"Terima kasih juga yang mendoakan baik-baik kepada saya. Bukan semua komen diterima itu negatif, banyak juga yang positif. Syukur Alhamdulillah. Saya sekali lagi berterima kasih kepada yang prihatin dengan saya," ujarnya.

Pada masa sama, Mahathir turut berpesan kepada netizen yang meninggalkan komen melampau supaya tidak melebihi batas. Kata ayah kepada dua orang anak ini, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

"Satu nasihat saya kepada netizen-netizen yang meninggalkan komen terlalu keras, saya mendoakan kesejahteraan anda semua. Tetapi jika anda melampaui batas, saya tidak teragak-agak untuk membuat sesuatu. Sekarang, saya dan juga pihak guaman sedang review komen yang sangat keras di ruangan Instagram (IG) saya dan isteri.


"Kepada sesiapa sahaja yang direct message (DM) isteri saya, fitnah dan cerita yang telah dilemparkan itu telah mengeruhkan keadaan. Tahniah kerana telah berjaya melemparkan fitnah sebegitu rupa kepada saya dan keluarga," jelasnya.

Dalam pada itu, Penny menegaskan dia tidak menyebelahi atau menangkan suaminya dalam isu hubungan sulit ini. Kata Penny, suaminya tetap salah namun dia memilih untuk menyelesaikan secara berdua: "Saya tak salahkan Alya saja dalam hal ini, suami saya pun salah. Lelaki mana boleh tahan godaan gadis seperti itu. Cuma masalah rumah tangga biar kami selesaikan berdua," katanya kepada Gempak.

Sebelum ini, segelintir netizen mendakwa Penny 'berat sebelah' kerana hanya berkongsi tentang Alya di Instagram Storiesnya. Tambah ibu kepada dua orang anak ini, dia berterima kasih dengan keprihatianan warganet yang tidak putus memberikan kata-kata semangat: "Saya rasa disayangi bila ramai orang yang direct message (DM) bagi kata-kata semangat. Saya tak sangka mereka prihatin sangat," tuturnya lagi.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Astro Gempak, Instagram Mahathir & Alya Iman


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: