27 July 2020

HAFREEZ ADAM AKUI BELUM TEMUI PENGGANTI, MAHU LEBIH BERHATI-HATI



"Saya belum ada pengganti atau sesiapa di hati," demikialah jelas pelakon Hafreez Adam yang mengakui dia masih solo dan belum ada pengganti selepas pertunangannya dengan pelakon Zara Zya terputus di tengah jalan pada Januari lalu.



Menurut Hafreez, sejak putus tunang dia terlalu sibuk dengan penggambaran drama serta urusan perniagaan miliknya: "Jujur dari sebelum putus tunang pun jadual lakonan saya penuh sehingga sekarang. Jadi saya tak sempat berjumpa dengan sesiapa lebih-lebih lagi kita pun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tambahan pula saya juga sibuk dengan satu lagi cawangan restoran saya di Shah Alam yang baru sahaja dibuka," jelasnya.

Tambah Hafreez lagi, dia tidak serik untuk bercinta lagi cuma akan lebih hati-hati sebelum melangkah ke tahap lebih serius seperti pertunangan: "Saya tak trauma atau apa untuk bercinta lagi, cuma kali ini saya akan lebih hati-hati dan teliti sebelum membawa hubungan itu lebih jauh. Saya rasa, saya perlu mengenali seseorang itu luar dan dalam sebelum melangkah ke peringkat lebih serius," ujarnya.

Klik untuk gambar besar

Hafreez pernah bertunang dengan Zara pada 12 Oktober tahun lalu, namun, ikatan itu hanya bertahan tiga bulan. Pasangan yang berkenalan ketika berganding dalam drama Monalisa pada 2017 itu sepatutnya mendirikan rumah tangga, Oktober depan.

Mengenai perkembangan lain, Hafreez baru sahaja tamat penggambaran drama episod untuk RTM dan kini sedang memberi fokus kepada perniagaan restoran Dinner Cher Kuey Teow Abe yang terletak di Enjoys Corner Desa Melawati dan Shah Alam.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Hafreez Adam


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: