Bagi menyambut Hari Raya Aidiladha, pelakon Sharnaaz Ahmad akan pulang ke kampung halamannya di Pulau Pinang selama tiga hari. Namun begitu, Sharnaaz mengakui berat untuk berjauhan dengan anaknya, Jebat Jayden Ahmad.
Jebat merupakan satu-satunya anak Sharnaaz hasil perkahwinannya dengan bekas isteri, Noor Nabila. Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 itu sah bercerai pada 7 Julai lalu. Tambah Sharnaaz meskipun dia dan isteri sudah berpisah namun dia tidak akan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai bapa.
"Sebagai bapa saya janji tidak akan mengabaikan anak saya dan saya akan cuba beri kasih sayang secukupnya. Alhamdulilah hubungan saya dan Nabila pun baik jadi saya tidak ada masalah datang melawat Jebat setiap hari," jelasnya lagi.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak, Instagram Sharnaaz Ahmad & Jebat Jayden Ahmad
________________________
-
:: FACEBOOK

No comments:
Post a Comment