30 July 2020

AMBIL IKTIBAR INSIDEN PUKUL TEMAN WANITA - AWEERA AKUI MASIH SOLO



"Saya masih lagi mencari (pasangan hidup). Selepas insiden sebelum ini (pukul teman wanita), saya ambil iktibar. Terus terang ketika itu saya mengalami sedikit depresi. Mana tidaknya, sebab saya bercinta agak lama, siap dah rancang nak kahwin.



"Empat tahun bercinta dan empat tahun juga saya sudah masih solo," jelas penyanyi Aweera yang mengakui bahawa dia masih lagi menjalani kehidupan solo selepas terpalit dengan isu dakwaan dirinya mengasari bekas teman wanita empat tahun lalu.

Menurut Aweera, 29, sehingga kini, dia belum menemui lagi mana-mana wanita lain yang bersesuaian untuk dijadikan sebagai teman hidup. Terdahulu, Aweera pernah terpalit dengan kontroversi yang mendakwa dirinya memukul bekas teman wanitanya, Shazia Mohd Rozaini yang merupakan anggota duo ZiaBella pada 2016.

Kongsi Aweera lagi, dia mengakui dirinya seorang yang agak memilih dalam mencari pasangan hidup: "Bukan saya sengaja memilih, tapi saya memang kena pilih. Maklumlah, nak harungi hidup sama-sama kena cari yang betul.

"Tak naklah nanti cerai-berai. Kena yang boleh faham kerja masing-masing. Lagipun saya dah nak masuk 3 series ni," kata Aweera yang kini bersama kumpulan Pelita Lusoh, muncul dengan lagu baharu berjudul 'Kembara Nabawi'.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: