30 July 2020

HIDAYAH KECEWA ALI LETAK BATU NISAN DI PUSARA ABAM TANPA PENGETAHUANNYA



"Saya pun tak tahu yang dia buat batu nisan ni. Dia tak hubungi saya langsung. Saya tahu lepas tengok di Instagram. Saya malas nak cakap apa-apa, baik saya diam saja," demikianlah kata balu kepada Allaryarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali dalam nada kecewa.



Hidayah tidak menyenangi tindakan Ali Puteh kerana dia tidak dimaklumkan kepadanya mengenai batu nisan dan binaan kubur di pusara arwah suaminya itu yang dibina selepas lima bulan meninggal dunia. Ali berkongsi perkara berkenaan menerusi laman Instagram miliknya yang turut meminta pengikutnya yang ingin menziarahi pusara Allahyarham Abam untuk mendoakan kesejahteraan arwah.

Dalam pada itu, bapa Nor Hidayah iaitu Mohd Ali Bahtin turut melahirkan rasa kecewa kerana anaknya seolah-olah tiada hak ke atas kubur arwah Abam: "Memang kami tak tahu ahli keluarga arwah bina kepok di kubur arwah hari ini," kata Mohd Ali.

Nor Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia 14 bulan. Allahyarham Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami demam.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: