28 August 2020

AC MIZAL: "ORANG LUDAH DIA (ISTERI) SEBAB SAYA, ORANG ANGGAP DIALAH PENYEBABNYA (CERAI)"



"Orang caci dia macam-macam, saya ingat lagi dia cerita dia pergi pusat membeli-belah untuk beli barang kemudian orang ludah. Saya akan ingat insiden itu sampai bila-bila, orang ludah dia sebab saya. Saya kahwin dengan dia selepas setahun saya bercerai dan orang menganggap seperti dialah penyebabnya.

"Tapi sebenarnya tidak, selepas saya bercerai selama setahun kemudian barulah saya bersama dengan dia. Ada sampai satu tahap dia balik rumah saya tengok dia menangis. Saya tanya kenapa namun dia tidak mahu cerita

"Sampailah selepas seminggu dia beritahu tidak mahu pergi membeli barang. Saya tanya lagi dan kemudian barulah dia cerita apa yang menimpa. Tiada apa perkataan yang boleh menggambarkan siapa awak untuk saya.

"Awaklah nyawa saya dan saya tahu saya tidak akan berada di sini tanpa awak disisi saya. Terima kasih isteriku," demikian cerita pengacara dan pelakon Datuk AC Mizal yang sebak mengimbas kenangan pahit yang dilalui oleh isteri kesayangannya Datin Emylia Rosnaida selepas mendirikan rumah tangga.

AC mendedahkan perkara itu secara eksklusif menerusi program Rumah No 107 yang bakal disiarkan malam ini. Menurut AC, ramai yang menganggap Emylia adalah punca penceraiannya dengan bekas isteri.

Disebabkan tanggapan itu jugalah Emylia menerima pelbagai kecaman termasuklah insiden diludah sewaktu membeli barangan keperluan. Selain AC, Nabil Ahmad juga merupakan tetamu undangan untuk program tersebut.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: