28 August 2020

MAJLIS KHATAM AL-QURAN MIRA FILZAH



Pada pagi tadi, telah berlangsungnya majlis khatam al-Quran pelakon dan pengacara, Mira Filzah Badioezaman, 27, bersama adiknya di kediaman keluarganya. Majlis yang bermula pada jam 9.30 pagi itu berlangsung sederhana mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan dihadiri anggota keluarga terdekat.

Dalam majlis tersebut, Mira tampak berseri-seri dalam persalinan merah jambu, pada majlis yang diatur menjelang perkahwinannya. Mira yang ditemui sebaik majlis selesai itu meluahkan rasa syukur acara berlangsung seperti dirancang.

"Majlis hari ini dianjurkan atas permintaan keluarga dan kehendak bersama. Kami tidak mengadakan majlis berinai. Jadi, atas permintaan Opah dan mereka yang lebih tua, lebih baik diadakan majlis khatam al-Quran sahaja.

Klik  untuk gambar besar


"Majlis khatam al-Quran ini juga diadakan serentak bersama adik bongsu, Nur Ainaa Fadhilah, 25, yang akan bernikah esok. Berikutan kakak sulung yang menetap di New York, Amerika Syarikat (AS) tidak dapat meluangkan masa yang lama di sini, kami buat keputusan untuk menganjurkan majlis khatam al-Quran pada hari ini serentak," katanya.

Pelakon 'Pujaan Hati Kanda' ini masih berahsia mengenai tarikh pernikahan dengan arkitek, Wan Emir Astar, 30, yang juga anak Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid.








www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Mira Filzah, @ainafadhilah, @hasifpictures & @kayangangallery

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: