Menerusi satu entri di laman Instagram, Alif Satar telah mengimbas kembali zaman awal kemunculan ketika dia menyertai program nyanyian One In A Million (OIAM). Menurut Alif, dia menyertai pertandingan itu ketika berusia 16 tahun kerana mahu mengejar hadiah yang ditawarkan.
Meskipun tidak bergelar juara, namun Alif tidak berputus asa dan sentiasa bersikap tenang: "Sekali dapat tau Dayang Nurfaizah masuk bertanding sekali, Alif tak menang. Kadang-kadang kita boleh merancang, tapi bila bila sesuatu benda tu tak jadi dan tak ikut rancangan kita, jangan risau, terus belajar dan sesuaikan diri dengan perubahan," tulisnya lagi.
Selepas menyertai OIAM, Alif terus berkecimpung dalam industri hiburan sebagai penyanyi, pelakon dan pengacara. Alif mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Shadila pada 15 September 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Alisha Anugerah dan Ariana Mecca.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Alif Satar & Dayang Nurfaizah
________________________

No comments:
Post a Comment