03 August 2020

RINDU BERLAKON - IZREEN AKUI SUAMI TAK IZIN, TAKUT KELUARGA TERABAI



Sejak Izreen Azminda mendirikan rumah tangga dan menimang cahaya mata pada 1 Julai tahun lalu hasil perkongsian hidup dengan suaminya, Ude Wahid, jarang sekali kita melihat pelakon ini muncul di kaca televisyen. Izreen ketika ditanya berkenaan hal tersebut mengakui rindu untuk kembali aktif dalam dunia lakonan seperti sebelum ini.



Namun begitu, Izreen atau nama penuhnya Izreen Azminda Aznam, 35, berkata dia terpaksa menolak banyak tawaran drama yang memerlukan komitmen masa yang panjang: "Saya akui memang rindu nak jalani penggambaran. Dah lebih 11 tahun saya berlakon. Rindu nak kembali aktif macam dulu-dulu tapi memandangkan saya sudah ada keluarga, jadi ia agak menyukarkan.

"Saya banyak juga terima tawaran drama episod yang panjang tapi buat masa sekarang memang tak dapat nak berikan komitmen sepenuhnya... suami pun tak benarkan. Dia takut nanti tak ada orang yang boleh jaga anak-anak kami. Saya pula jenis tak percaya orang jaga anak, nak minta tolong ibu... dia pun dah tak larat," kata Izreen.

Klik untuk gambar besar

Baru-baru ini, kehadiran Izreen dan suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menimbulkan spekulasi mengenai situasi rumah tangga mereka. Bagaimanapun, Izreen menafikan perkahwinannya berhadapan masalah dan sebaliknya menjelaskan kehadiran mereka ke mahkamah hanya untuk membayar denda selepas berpoligami tanpa kebenaran.

Untuk makluman,Izreen berkahwin dengan pemuzik yang dikenali sebagai Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid, 32, pada 8 Ogos 2017 secara rahsia ketika Ude masih bergelar suami kepada Intan Liana. Pada 22 Mac 2018, Ude bagaimanapun telah menceraikan isteri pertamanya itu selepas lima tahun berkahwin dan mereka mempunyai dua anak iaitu Arish Muqri, 5, dan Ariq Muqri yang berusia tiga tahun.

Manakala Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun bercerai pada 2014 dan hasil perkongsian hidup itu dia dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar yang berusia tujuh tahun. Izreen dan Ude pula, mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Aaron Ibrahim yang kini berusia satu tahun.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Izreen Azminda


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: