03 August 2020

BILA DIANA KONGSI VIDEO BERSAMA FARID KUCUP PIPI ATAS KAPAL



Pelakon Datin Diana Danielle menerusi akaun Instagram miliknya telah memuat naik sebuah video bersama suami, pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil yang sedang menikmati aktiviti di atas kapal sewaktu bercuti di Pulau Langkawi, Kedah.



Dalam pada itu, Diana turut mempelawa orang ramai supaya menonton video terbarunya itu dalam versi penuh yang di muat naik di laman Youtube: "New vlog post! D & F masak rendang for the first time. Nak tahu haru ke tak, tekan link in my bio! (or search DianaDanielleTV on Youtube," tulisnya.

Video tersebut nyata menarik perhatian ramai yang teruja melihat Diana mengucup pipi Farid itu. Malah, ada juga yang menyifatkan telatah pasangan tersebut mengingatkan mereka kepada penyanyi dan pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari dan suami, Allahyarham Ashraf Sinclair.

Untuk makluman, Farid dan Diana telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 3 November 2012. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan berkenaan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Klik untuk gambar besar




www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Diana Danielle


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: