Sempena ucapan Hari Raya Aidiladha baru-baru ini, pengacara dan pelawak Shuk Sahar akhirnya mengemaskini akaun Instagramnya dengan memuat naik sepotong video di Insta Story miliknya. Kata Shuk yang ketika itu sedang berjalan bersama isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah, dia akan 'bercakap' apabila sampai masa yang sesuai.
Dalam video berkenaan, Shuk dan isteri turut ditemani beberapa lelaki di samping mereka. Terdahulu, tular kisah yang mendakwa Shuk bermain kayu tiga dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh. Kisah kecurangan itu didedahkan menerusi akaun Twitter @laudyaTaylor hingga mencetuskan tanda tanya netizen akan kesahihan perkara terbabit.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment