04 August 2020

JANGAN LUPA 'WINGS KITA MERDEKA', LIVE STREAMING CONCERT 2020



Kumpulan rock lagenda, WINGS, akan mengadakan sebuah konsert ‘live stream’ sempena Hari Merdeka yang dikenali sebagai WINGS Kita Merdeka – Live Streaming Concert pada 29 Ogos 2020, 7.30 malam.

Konsert ini dikatakan bakal menggegar skrin rakyat Malaysia dan antarabangsa secara langsung dari pentas digital terbesar tanah air.

WINGS ingin bersama rakyat Malaysia menyambut kemerdekaan ke-63 sambil memupuk semangat kemerdekaan dan bersama membanteras penjajahan Covid-19 yang semakin berleluasa dengan menggalakkan pematuhan SOP.



"Konsert ini adalah hadiah dari kami untuk peminat kami. Inspirasinya adalah pahlawan yang memperjuangkan kemerdekaan negara kita.

"Kami juga ingin mengakui pahlawan barisan depan kami yang telah bekerja keras untuk memastikan keselamatan kami semasa krisis COVID-19 ini," kata vokalis kumpulan itu, Awie atau Datuk Azhar Othman, dalam satu kenyataan.

"Pandemik telah mengubah cara kita menikmati konsert secara langsung, oleh itu Sonic Minds Sdn Bhd dan Firm Motion Sdn Bhd bekerjasama untuk merealisasikan konsert ini," kata wakil Sonic Minds Sdn Bhd, Suffian Majid, baru-baru ini.

"Wings sama bertualang seperti kita, dan begitulah cara kita rock 'n roll pada tahun 2020," tambahnya.

Terkini, sebagai ganjaran bagi kerjasama pelbagai pihak, pihak penganjur akan memberi dua belas (12) e-tiket berharga RM35 secara percuma pada 28 Ogos 2020. Apa yang perlu mereka perlu lakukan hanya diminta untuk membuat dua belas (12) ‘posts’ di group Facebook mereka (hari ini sehingga 27 Ogos 2020) dengan segala content/material seperti poster & ‘caption pointers’ disediakan.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: