28 August 2020

ANAK DIKECAM TIKTOK DALAM KELAS, TUNJUK JARI TENGAH - AZHAR SULAIMAN MOHON MAAF



Ramai yang mengetahui salah satu anak kembar kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona sering berkongsikan video TikTok dan ada sahaja videonya menari tidak kira di mana-mana. Bagaimanapun, ada yang kurang senang dan meluat dengan Instafamous itu.

Nampaknya gadis berusia 18 tahun itu terus menerima kecaman dan kali ini gara-gara merakam dirinya dari aplikasi TikTok ketika berada di dalam kelas dalam sebuah institusi pengajiannya.

Malah nama Leona terus trending di Twitter semalam selepas mendapat teguran selepas kerap beraksi di TikTok. Ciapan yang ditulis seorang pengguna Twitter mendapat perhatian ramai sekaligus dikongsi lebih daripada 4,000 dan tidak kurang yang meninggalkan komen.

Netizen tersebut mendakwa Leona sering memuat TikTok tak kira tempat termasuk di dalam kelas. Malah, netizen itu juga turut mempersoalkan tindakan gadis itu dan berharap agar dia menjadi normal seperti orang lain.

Klik untuk gambar besar


"Anak Azhar Sulaiman doing TikTok all the time, everywhere, even in a class…and I be like – girl can you just be normal one? (Anak Azhar Sulaiman buat TikTok setiap masa, di mana jua, malah di dalam kelas juga…dan saya seperti – adik, boleh tak jadi orang normal?)," tulisnya.

Pun begitu, Leona tidak berdiam diri malah tampi memberi penjelasan: "Semua TikTok yang anda lihat itu, dilakukan ketika masa lapang, tidak pun ia sebelum atau selepas pengajian. Kenapa saya nak buat TikTok jika ia buat rakan kelas dan guru tidak selesa . Walaupun mereka tidak kisah malah biasanya akan menyertai bersama," jelasnya.

Perkongsian itu bagaimanapun mencetuskan provokasi dalam kalangan peminat Leona. Ramai yang kecam dan ada juga bersetuju namun ada yang berpendapat individu itu sebenarnya cemburu dengan kehidupan Leona.


Sementara itu, Leona dilihat memuat naik satu foto menunjukkan isyarat tangan lucah sekaligus mengundang kecaman netizen. Rata-rata mengecam tindakan gadis ini disifatkan kurang beradab dan sangat memalukan. Mungkin tidak tahan kerana dikecam, Leona dilihat telah pun memadam gambar berkenaan. Ini bukan kali pertama nama Leona diperkatakan netizen.

Azhar tidak mendiamkan diri, menerusi akaun Instagram miliknya pula, dia tampil memohon maaf bagi pihak anak gadisnya itu: "Salam Semua..... Dengar cerita kat Twitter harini sibuk betul pasal anak saya Leona sampai nama Azhar Sulaiman kena petik. Komen Mami (Azhar), How I wish my dotter Leona is like me.....

"Play safe selalu dengan public! Apapun kepada semua yang terguris hati dgn perangai anak saya ni.... Mami dengan rendah hati mohon maaflah dengan you uollss semua ok... Peace K!," responnya.

Sebelum ini, Azhar ada memuat naik perkongsian menegur anak gadisnya itu agar tidak duduk mengangkang malah turut mengingatkan Leona bahawa dia seorang gadis Muslim. Pada Mac lalu, Leona turut hangat diperkatakan apabila dia dan kembarnya Andika Rees Pahamin berjaya meraih pencapaian terbaik iaitu mendapat 7A dalam SPM 2019.











www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Rotikaya, Instagram Kasih Iris Leona & Azhar Sulaiman

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: