29 August 2020

BARU LANCARKAN PRODUK PENJAGAAN KULIT - FAZURA TAK TAKUT PERSEPSI 'TIMBANG KILO'



Pelakon Nur Fazura baru-baru ini telah melancarkan produk penjagaan kulit miliknya sendiri iaitu Fazura Skincare. Dalam pada itu, Isteri kepada pelakon Fattah Amin itu tidak takut seandainya timbul persepsi negatif mengatakan dia hanya menjenamakan semula atau mendapatkan dari pembekal yang menjual secara 'timbang kilo'.

Menurut Fazura, dia tak mahu ambil peduli jika timbul dakwaan sebegitu kerana dia sendiri terlibat dalam proses penghasilan produk tersebut: "Saya tak takut dengan persepsi itu kerana saya memang terlibat dalam proses penghasilan produk ini sejak awal lagi.

"Kalau nak cakap tentang persepsi, orang boleh cakap macam-macam, jadi terpulanglah, saya tak mahu ambil pusing tentang percakapan orang. Saya pun hasilkan produk yang sesuai untuk pelanggan, bukan syok sendiri, saya sendiri lakukan kajian untuk hasilkan produk ini," katanya.

Klik untuk gambar besar


Tambah isteri kepada aktor Fattah Amin ini, pihak Fazura Skincare juga mempunyai ahli kimia sendiri dan mereka tidak menggunakan bahan yang mendatangkan mudarat kepada kulit pengguna. Set eksklusif Fazura Skincare lengkap dengan pencuci wajah, skrub wajah, krim siang dan malam juga serum bersaiz mini pada harga RM89.90 satu set.

"Kami ada ahli kimia sendiri, malah bahan yang digunakan juga tidak mendatangkan mudarat kepada kulit. Sebagai contoh, dalam pencuci muka Fazura Skincare, ia tidak mengandungi Sulfate dan ternyata selamat untuk digunakan," jelasnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Siti Sarah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: