Pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya, Noor Nabila tetap mengekalkan hubungan baik demi anak mereka, Jebat Jayden, meskipun sudah bercerai sejak 9 Julai lalu. Hubungan antara mereka itu membuatkan netizen gembira dan kagum melihatnya.
Baru-baru ini, Sharnaaz dilihat bercuti di Langkawi bersama keluarga Nabila menerusi foto-foto yang dikongsi di akaun Instagram anaknya. Apa yang menjadi perhatian adalah gambar Sharnaaz sekeluarga bersama Nabila dan Jebat.
Foto tersebut mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen yang tumpang gembira melihat kerjasama mereka dalam membesarkan anak-anak. Malah, Jebat dilihat sangat gembira apabila dapat meluangkan masa bersama ibu bapanya.
Klik untuk gambar besar
Tidak kurang juga ramai yang mendoakan agar hubungan mereka kembali jernih serta mahu melihat Sharnaaz dan Nabila bersama kembali sebagai suami isteri.
Sebelum ini, Nabila berkata meskipun sudah berbaik demi anak, bagaimanapun dia tiada perancangan untuk kembali bersama bekas suaminya biarpun ramai pihak mendoakan agar mereka kembali bersama.
Menurut Nabila, dia akui lebih selesa dengan statusnya sebagai ibu tunggal dan mahu memberikan fokus kepada diri sendiri. Ujarnya lagi dia dan Sharnaaz sudah pun 'move on'.
www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Jebat Jayden Ahmad
________________________

No comments:
Post a Comment