17 August 2020

BERI DOKTOR GIGI 2 MARKAH - AJAI TAK KISAH DIBENCI: "SEPATUTNYA SAYA NAK BERI KOSONG"



"Sepatutnya saya nak beri markah 0 kerana pada saya itu sudah melihatkan ABRSM, satu ujian pendengaran muzik. Kalau kita pergi exam tu, salah sikit je katakan out of tune, anda akan gagal semuanya. Apa yang saya nak tunjukkan di sini adalah cara yang betul kita adili dalam nyanyian.

"Saya tak nak cakap dia pekak nada sebab kadang-kadang ketakutan atas pentas membuatkan kita habis semua. Jadi, too bad benda tu terjadi pada dia hari ini. Mungkin minggu depan dia akan belajar. Why not dari zero kepada hero?

"Jangan jadikan markah kosong tu sebagai benda yang boleh menjatuhkan kerana ia boleh menjadi pemberi semangat pada dia dan saya nak tengok betul tak dia bukan pekak nada minggu depan," demikianlah jelas juri tetap Big Stage 2020 (BS2020), Ajai yang menegaskan sepatutnya bintang Hafiz Zainal layak mendapat markah kosong kerana menyanyikan lagu dengan sumbang ketika konsert pertama BS2020 yang berlangsung malam tadi.

Menurut Ajai, dia melihat perkara itu lebih kepada pekak nada dan ia memberi masalah yang besar kepada seseorang penyanyi. Ajai ditemui selepas konsert pertama Big Stage 2020. Menurutnya lagi, dia tidak kisah jika netizen akan membencinya kerana niat asalnya adalah untuk memberikan ilmu yang betul kepada semua peserta. 

Klik untuk gambar besar

"Saya tahu orang akan benci pada saya tapi saya tak peduli. Yang bercakap-cakap tu mungkin peminat setia tetapi tugas saya adalah untuk memperbaiki penyanyi-penyanyi yang anda semua suka ni untuk dia menjadi betul," ujarnya lagi.

Baru membuka semula pentas Big Stage musim ketiga malam tadi, konsert BBNU itu menjadi buah mulut ramai dalam kalangan pengguna media sosial. Beberapa hashtag selain #BigStage2020 antara yang trending sejak bersiaran seawal pukul 9 malam tadi.

#Ajai dan #Hafiz antara dua topik yang trending daripada konsert pertama Big Stage 2020. Ajai buat pertama kalinya dilantik sebagai juri tetap Big Stage 2020 dan pertama kali dalam sejarah penganjuran rancangan realiti juri hanya memberikan markah minimum 2 peratus kepada peserta yang bertanding.


Menerusi persembahan lagu Fly Me To The Moon (Frank Sinatra) doktor gigi viral, Dr. Hafiz Zainal, Ajai nyata tidak berpuas hati dengan nyanyian jejaka tinggi lampai itu lantas memberikan kritikan yang kurang disenangi ramai.

"Saya tak perlu berikan markah untuk nyanyian anda kerana dari awal sampai habis nyanyian anda sumbang. Lepas ni anda perlu peka, bila sumbang jangan teruskan. Biar diam pun tak apa. Atau buat-buat pengsan pun lagi best" kata Ajai pada konsert terbabit.

Sehubungan dengan komen itu juga, netizen mula hangat memperkatakan tentang personaliti dan identiti Dr. Hafiz. Selain itu, nama Ernie Zakri turut menjadi bualan netizen yang mengungkit semula kisah kegagalan penyanyi wanita itu untuk memenangi kategori Vokal Terbaik menerusi lagu 'Ku Bersuara' pada Anugerah Juara Lagu baru-baru ini. #Imuniti juga antara topik trending wargamaya di media sosial.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Hlive


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: