17 August 2020

JIKA JODOH DENGAN WAN SHARMILA - SYAZWAN ZULKIFLY TAK TOLAK



"Saya tak menolak sekiranya jodoh saya dengan Lala (Wan Sharmila). Kalau dah memang ditakdirkan, takkan saya nak tolak apa yang Allah dah tentukan. Saya rasa bukan saya seorang saja. Semua lelaki menginginkan perempuan macam Lala. 

"Walaubagaimanapun, saya dengan Lala masih berkawan buat masa sekarang," ujar pelakon Syazwan Zulkifly, 33, yang tidak menolak sekiranya berjodohan dengan aktres Wan Sharmila, 39, atau lebih mesra disapa Lala, namun Syazwan menyatakan buat masa sekarang hubungan mereka masih sebagai seorang kawan.

Dalam pada itu, pelakon drama 'Pujaan Hati Kanda' menerima dengan hati terbuka apabila rata-rata peminat mendoakan agar mereka bersama di dunia realiti: "Saya tak takut bila ramai yang mendoakan agar kami bersama.

"Bukannya mereka mendoakan yang tidak elok, itu perkara baik. Saya okey saja. Saya dah lama kenal dengan Lala. Lala seorang wanita yang berdikari, semua benda dia buat sendiri. Dia juga lemah lembut dan sangat sopan orangnya," katanya lagi.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: