17 August 2020

PEMERGIAN YUSOF KELANA & ABU BAKAR JUAH - ERRA FAZIRA TITIP DEDIKASI



"Innalillahiwainnailaihirojiun. Saya pernah bekerjasama dengan kedua arwah.. Abg Yusof Kelana merupakan penulis liriki lagu PASRAH.. Dia kata dia tulis lirik PASRAH dan membayangkan diri dan kisah hidup saya. Abang tulis lirik ni KHAS buat kau. Ini hadiah abang buat kau.

"Saya ingat sampai bila-bila abang. Kaya dengan pengalaman, tak lokek berkongsi ilmu dan sentiasa mahukan yang terbaik dan induatri seni tanahair ini dihormati. Banyak jasa dan karya mereka yang menjadi inspirasi kepada penonton dan generasi selepas mereka," demikian tulis primadona, Erra Fazira yang menitipkan dedikasi terhadap dua butir permata seni, Allahyarham Yusof Kelana dan Abu Bakar Juah yang telah pun buat selama-lamanya, Sabtu lalu.

Jelas pelakon 'Wangi' ini, dia pernah bekerjasama dengan Allahyarham Yusof Kelana dan Abu Bakar Juah sepanjang penglibatannya dalam seni. Perkara tersebut dikongsikan Erra menerusi satu status terkininya di laman Instagram.

Sambil menzahirkan ucapan takziah, Erra turut mendoakan agar roh mereka di tempatkan dalam golongan hambaNya yang beriman: "Moga damailah dsana, moga arwah ditempatkan dlm golongan hamba Allah yg beriman Ampunkan segala dosa mereka dan angkatlah darjat mereka dsana Ya Allah. Salam takziah buat seisi keluarga. Al-Fatiohah buat abg Yusof Kelana dan abg Abu Bakar Juah," titip Erra. 

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Erra Fazira


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: