17 August 2020

"DAYINI TAK BOLEH TERIMA DIA DAH ADA ADIK..." - ISTERI AMAN GRASEKA TAK HALANG, TELEFON DIGODAM



"Saya suruh Aman supaya hubungi anaknya, tapi dia tak nak sebab kecil hati dan terkilan Dayini burukkan saya dan adiknya yang kini berusia setahun. Abang kata Dayini sepatutnya hormat dia sebagai bapa. Malah semasa neneknya meninggal pun mereka tak datang ziarah. Mungkin itu sebab Aman kecil hati.

"Saya pernah ajak keluar sekali tapi Dayini tak mahu. Lebih-lebih lagi selepas kami dah ada anak. Dayini tak boleh terima dia dah ada adik," demikian jelas isteri pelakon Aman Graseka, Reena Arina yang tampil menjelaskan perkara sebenar.

Reena berkata suaminya sudah lama tidak menghubungi anak hasil perkahwinan dengan penyanyi dangdut, Mas Idayu iaitu Nur Dayini kerana berkecil hati dengan tindakan anak gadisnya itu yang berburukkan ibu tirinya di laman Instagram.

Klik untuk gambar besar


Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai Mas Idayu yang meluahkan rasa kesal apabila anak perempuannya mendakwa ibu tirinya menghalang untuk berjumpa bapa kandungnya. Tampil menjelaskan dakwaan Aman menyekat nombor anaknya di WhatsApp, Reena berkata telefon bimbit suaminya rosak dipercayai digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Abang tak block dia. Hari itu telefon abang kena hack, kami semua terkejut segala maklumat dalam telefon hilang termasuklah nombor telefon dan mesej. Ia macam kerja hacker yang cekap, semua hilang secara automatik dan terpaksalah apa-apa sahaja berkaitan kerja dan panggilan wartawan kena melalui nombor saya," katanya.

Gara-gara perbalahan ini, Reena berkata dia menerima kecaman daripada netizen yang memandang serong terhadapnya sebagai ibu tiri. Lebih memburukkan keadaan, ada pihak luar yang tidak dikenali cuba campur tangan dalam perbalahan yang berlaku itu.


"Aman tahu apa sahaja yang anak dia tulis tentang saya di Instagram... dia suruh saya bersabar, katanya tak apalah biar Tuhan sahaja balas. Saya juga kesal apabila ada seorang individu mengaku satu sekolah dengan saya dan burukkan saya di Instagram Dayini. Kalau betul kawan, dia takkan cerita buruk fasal saya. Aman tengah cari dia dan beritahu tak teragak nak buat laporan polis," ujarnya.

Untuk makluman, Aman mendirikan rumah tangga dengan model, Reena pada 2018, dan mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Aishymir Mateen Shah Aman Shah berusia setahun. Sebelum itu, Aman dan Mas Idayu mendirikan rumah tangga pada 1997, namun berpisah pada 2006. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Dayini.

Terdahulu, Mas Idayu berang apabila namanya dikaitkan dengan perbalahan antara anaknya dengan Reena sehingga dia didakwa tidak pandai mendidik anak. Mas Idayu turut terkilan apabila mengetahui Aman bertindak menyekat nombor Nur Dayini di WhasApp serta tidak langsung menghubungi anaknya itu sejak mereka pulang dari umrah pada Februari lalu.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: