18 August 2020

'DIA MAKIN HARI MAKIN SEKSI', KATA ISTERI RAHIM SEPAHTU



"One year journey 2019-2020," demikian luahan Rahim Sepahtu sempena penampilan barunya yang makin kurus apabila berjaya menurunkan berat badannya daripada 125Kg kepada lebih kurang 108Kg apabila mula menjalani gaya hidup sihat.

"Tengok gambar terkini laki teringat ketika dia sewaktu bersaiz begini dulu. OMG! Sejujurnya suka tengok suami sekarang, makin hari makin seksi. Betapa bermotivasinya dia kan.

"Tapi kan aku pula geram tengok dia comel sangat, tu pasal kakak (anak) suka tepuk bontot dia, ‘kerjakan’ dia, sakat dia, ye lah uols, dulu di awal perkahwinan ni, tengok lah saiz abang beratus kilogram kot," ujar isterinya pula iaitu Lily Khay yang mengatakan suaminya kini lebih seksi jika dibandingkan ketika mereka mula berkahwin dahulu.

"Keadaan paling teruk bila tidur pun pakai mesin sleep apnea (gangguan tidur akibat pernafasan terhenti). Sah-sahlah tidur nak peluk pun tak boleh dulu. Takut-takut leher aku yang terbelit wayar mesin tu.

"Dia buka oksigen, nanti aku yang padam. Namun, dia sekarang dah makin fit, lebih nampak muda dan lebih sihat, Alhamdulillah," ceritanya dipetik sebagai berkata.

Namun, ada juga netizen yang memberi komen: "Aku dah muntah pun.. tak payah la citer hal-hal rumah tangga, bukan dengki tapi loya.. lagipun awak tu bermadu, takyah la buat bini lagi sorang jeles ke apa.. btw, kurus pun sebab buat bariatric surgery in 2018 kan?"

"Gaya hidup sihat? Bukan dia operate bariatric ke?" komen yang lain.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: