24 August 2020

BILA MUKA SAFIEY ILLIAS BERNANAH: "MUJURLAH KOS ITU CUMA RM4,000"



"Pada awalnya saya membuat prosedur pemindahan lemak ke wajah dengan kos RM4,000. Namun, dua bulan lepas saya membuang semula dengan empat kali ganda kos pemindahan termasuk lima kali sesi suntikan bagi mencairkan lemak.

"Selepas itu saya mulai berasa pelik sebab seperti ada biji pada pipi sebelah kanan ini. Ia menjadi seperti luka, bengkak dan bernanah. Apabila saya buat pemeriksaan pada doktor pakar, dia pun pelik. Cuma mungkin ia sisa yang tertinggal selepas membuat prosedur itu.

Tidak dapat dipastikan juga sama ada ia sisa lemak atau silikon. Jadi, semalam saya sudah keluarkan nanah itu dan baki sikit lagi," kata usahawan kosmetik, Safiey Illias, 26, mengenai pipinya yang menjadi nanah disebabkan kegagalan prosedur pemindahan lemak yang dibuat pada November tahun lalu.

Klik untuk gambar besar


Safiey atau nama sebenar Mohd Safiuddin Illias berkata, dia berasa seperti ada ketumbuhan kecil pada bahagian pipi kanan. Safiey yang juga penyanyi lagu Syinta Gila berkata, dia sudah serik untuk membuat rawatan kosmetik di tempat yang tidak bertauliah atau mempunyai kepakaran dalam bidang pembedahan kosmetik.

"Nasihat saya, kalau nak buat prosedur atau pembedahan kosmetik pada wajah atau bahagian lain di badan, kena periksa dengan betul. Jangan main buat saja. Tengok apa terjadi pada wajah saya ini. Mujurlah kos ketika buat pemindahan lemak itu cuma RM4,000. Tapi, memberi kesan sampingan pula. Apabila bernanah, memang teruklah," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Safiey Illias

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: