"ITS A BOY! 🎉💙🎉 #littleoakes #babyL #lockdownbaby #miraclebaby #ourpregnancyjourney," demikian tulis penyanyi Hetty Sarlene yang mendedahkan dia bakal menimang cahaya mata sulung lelaki tidak lama lagi.
Berita gembira itu dikongsikan penyanyi 'Sangsi Asmara' asal Singapura ini menerusi hantaran terkini di laman Instagram yang turut dilampirkan foto dan video pendek. Serentak dengan perkongsian tersebut, para peminat terus memberikan dedikasi seterusnya ucapan tahniah buat Hetty dan suami.
Untuk makluman, Hetty yang sedang hamil hampir lima bulan itu mendirikan rumah tangga dengan Daniel atau nama Islamnya Dani Aaqil yang berasal dari London pada 23 Julai 2016. Pasangan ini mengumumkan mengenai bakal menerima ahli keluarga baru bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang keempat, bulan lalu.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Hetty Sarlene
________________________

No comments:
Post a Comment